Kerjaya antarabangsa Maicon_Sisenando

Maicon bersama Brazil

Maicon membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada perlawanan pembukaan Piala Emas CONCACAF 2003 menentang Mexico pada 12 Julai 2003.[7] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk Brazil pada kejohanan yang sama ketika menentang Honduras, Brazil menang 2-1. Beliau telah dimasukkan dalam "pilihan pasukan kejohanan" dan Brazil menamatkan kejohanan itu dengan tempat kedua selepas tewas kepada Mexico.[8]

Beliau menjadi pilihan pertama bek kanan skuad Seleção yang memenangi Copa América pada 2004 dan 2007, begitu juga dengan Piala Konfederasi FIFA pada 2005 dan 2009. Beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Piala Dunia 2010 ketika perlawanan pembukaan kumpulan G menentang Korea Utara.[9]

Pada Jun 2014, Maicon telah dimasukkan dalam skuad Brazil di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau menggantikan Dani Alves ketika perlawanan suku akhir menentang Colombia, Brazil menang 2-1.[10]

Pada 7 September 2014, Maicon telah keluar dari skuad Brazil akibat "masalah dalaman".[11]

Statistik

Pasukan kebangsaan Brazil
TahunKmnclnGol
200351
200450
200520
200660
2007152
200891
2009131
201081
201130
201200
201351
201450
Jumlah767

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1 15 Julai 2003Mexico City, Mexico Honduras1–0 2–1 Piala Emas CONCACAF 2003
2 10 Julai 2007Maracaibo, Venezuela Uruguay1–0 2-2 Copa América 2007
3 22 Ogos 2007Montpellier, Perancis Algeria1–0 2–0 Persahabatan
4 19 November 2008Brasília, Brazil Portugal 3–1 6–2 Persahabatan
5 18 Jun 2009Pretoria, Afrika Selatan Amerika Syarikat 3–0 3–0 Piala Konfederasi FIFA 2009
6 15 Jun 2010Johannesburg, Afrika Selatan Korea Utara 1–0 2–1 Piala Dunia FIFA 2010
7 16 November 2013Miami, Amerika Syarikat Honduras3–0 5–0 Persahabatan

Rujukan

WikiPedia: Maicon_Sisenando http://www.fifa.com/worldcup/players/player=181406... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_... http://www.goal.com/en-us/news/69/transfer-zone/20... http://www.goal.com/en/news/584/brazil/2014/09/07/... http://www.theguardian.com/football/blog/2010/jun/... http://www.youtube.com/watch?v=mBZizzDUhcg http://www.inter.it/aas/news/reader?N=23330&L=en http://www.football-italia.net/51619/maicon-i-was-... http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/19527920 http://www.mcfc.co.uk/News/Team-news/2013/July/Mai...